
PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH
*Solat tarawih hukumnya sunat muakkad iaitu yang sangat dituntut untuk dilaksanankan bagi umat Islam setiap malam selepas solat Isyak pada bulan Ramadhan.
Seperti yang kita tahu, ia boleh dilakukan sama ada sebanyak 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).
Buatlah ikut kemampuan asalkan konsisten dan kualiti solat terjaga.

1. Niat Solat Tarawih
Niat solat sunat terawih adalah seperti berikut:
i) Lafaz Niat Solat Tarawih Sendirian Di Rumah
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلّهِ تَعَالَى
Ushalli sunnatat tarawihi rak‘ataini lillahi ta‘ala.
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah SWT.”
ii) Lafaz Niat Solat Tarawih Sebagai Makmum
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلهِ تَعَالَى
Ushalli sunnatat Tarāwīhi rak’atayni ma’mūman lillāhi ta’ālā.
Maksudnya: Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat sebagai makmum karena Allah SWT.
iii) Bacaan Niat Solat Tarawih Sebagai Imam
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى
Ushalli sunnatat Tarāwīhi rak’atayni imāman lillāhi ta’ālā.
Maksudnya: Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat, sebagai imam karena Allah SWT
2. Zikir
Mulakan solat tarawih dengan bacaan zikir yang dibaca oleh imam dan kemudian disambut oleh makmum.

Terdapat dua zikir yang dilafazkan secara berselang mengikut rakaat yang telah dilaksanakan.
Zikir 1 – Untuk dibaca setelah selesai solat tarawih rakaat ke-2, 6, 10,14,18
Zikir 2 – Untuk dibaca setelah selesai solat tarawih rakaat ke-4, 8,12,16, 20
3. Solat 2 Rakaat Seperti Biasa
Langkah melakukan solat terawih adalah seperti solat sunat biasa – iaitu 2 rakaat diikuti dengan salam.
4. Doa Selepas Solat Terawih
Berikut adalah doa setelah selesai solat tarawih yang boleh dibacakan.
Doa ini adalah sunat, dan jika anda solat sendirian di rumah tanpa doa ini, anda juga boleh membacakan apa-apa doa lain yang dihafal.

5. Surah Cadangan Untuk Dibaca
Tak jadi masalah bagi seseorang untuk membaca apa-apa surah selepas Al-Fatihah semasa solat tarawih.
Panduan dari Jabatan Mufti Negeri Selangor ada menyarankan beberapa surah pendek untuk dibaca mengikut rakaat antaranya surah At-Takathur, Al-Ikhlas dan Al-Asr. Boleh rujuk mengikut infografik di bawah.

6. Panduan Solat Witir Selepas Terawih
Bagi menutup solat sunat tarawih, solat witir dilakukan dalam bilangan ganjil – biasanya sebanyak 3 rakaat (2 salam).
Mulakan dengan bacaan zikir sebelum memulakan solat sunat witir.

Tutupkan solat sunat witir dengan bacaan zikir serta bacaan doa selepas solat sunat witir mengikut infografik (nombor 6 &7) :

Rebutlah peluang yang hanya datang sekali setahun dan laksanalah solat tarawih sebaiknya.
Hiasilah Ramadhan dengan amalan baik dan ibadah secara istiqamah bagi mengharapkan keampunan Allah.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu.” (Riwayat al-Bukhari)
Semoga bulan Ramadhan yang bakal tiba membawa hikmah dan pengampunan dosa agar kita dapat menjadi mukmin yang lebih baik. Selamat beramal dan selamat menyambut bulan Ramadhan