Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Rasmi Masjid Pekan Sekinchan, Selangor. Laman ini merupakan gerbang maklumat kepada orang awam, kakitangan kerajaan, swasta dan masyarakat diluar sana untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh Masjid Pekan Sekinchan.

Sejajar dengan arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, Masjid Pekan Sekinchan sentiasa menyalurkan maklumat terkini mengenai pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan di masjid. Antaranya termasuk kuliah, kelas pengajian, program ibadah, kebajikan dan lain-lain.

Adalah diharapkan agar segala maklumat dapat dimanfaatkan dan disebar luas lagi untuk kepentingan masyarakat diluar sana. Sebarang pandangan yang daripada pengunjung laman ini amatlah dihargai demi untuk memantapkan lagi isi kandungan laman serta menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak masjid.

Selamat melayari Laman Rasmi Masjid Pekan Sekinchan, Selangor.

Sekian, terima kasih.